Pakar sejarah menggunakan pelbagai sumber termasuk penulisan atau bahan bercetak, temuramah (sejarah lisan) dan arkeologi. Pendekatan berbeza mungkin lebih kerap digunakan, bergantung kepada tempoh masa kajian tersebut dibuat. Sejarah yang berlaku sebelum rekod manusia dikenali sebagai pra-sejarah.
KAEDAH PENGKAJIAN SEJARAH
KAEDAH LISAN
Melalui cara ini , sejarawan mendapat maklumat sejarah melalui temu bual dengan sesorang tokoh. Selain itu, ucapan yang diucapkan oleh seseorang tokoh seperti Perdana Menteri atau tokoh budaya juga boleh dijadikan sebagai maklumat sejarah.
Kaedah lisan berkait rapat dengan tradisi sastera rakyat seperti mitos, lagenda, dan puisi. Sejarahwan yang mendapat atau menggunakan sumber ini lazimnya akan memilih, menafsir, dan membandingkan fakta bagi mendapatkan kebenaran sesuatu maklumat yang diperolehi itu.
Proses ini dilakukan oleh ahli sejarawan kerana melalui kaedah lisan ini terdapat kelemahan apabila wujudnya tokok tambah yang dicampurkan dengan unsur dongeng, mitos dan sebagainya.
KAEDAH BERTULIS
Penulisan boleh merujuk kepada dua kegiatan:
- menulis aksara pada perantara dengan tujuan untuk membentukkan perkataan dan gagasan yang lain yang mewakili bahasa atau maklumat tercatat; dan
- penciptaan bahan-bahan yang disampaikan melalui bahasa tulisan.
Tulisan dapat membantu ahli-ahli sejarah untuk memperolehi maklumat mengenai zaman silam daripada sumber ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, kulit kayu, logam, gading, dan kertas.
istem-sistem penulisan utama – kaedah-kaedah penulisan – secara amnya dibahagikan kepada empat kategori:
- tulisan logo
- suku kata
- abjad
- ciri.
Selain daripada ini, terdapat juga pelbagai bentuk yang tidak begitu terkenal, seperti penulisan Letris yang terdiri daripada metagrafi (selepas penulisan) dan hipergrafi (penulisan super).
KADEAH ARKEOLOGI
Kaedah arkeologi ialah cara mendapatkan maklumat berdasarkan kajian saintifik.Terdapat pelbagai cabang dalam bidang arkeologi, antaranya termasuk angkasa lepas, maritim, dan cari gali.
Ahli arkeologi mendapatkan maklumat melalui proses cari gali.Melalui kaedah ini ketepatan usia bahan-bahan tinggalan sejarah seperti fosil, binaan daripada batu, peralatan daripada logam, tembikar, seramik, dan kulit siput dapat disahkan melalui kajian saintifik seperti pentarikhan radiokarbon,
Hasil daripada kaedah arkeologi ini , ahli arkeologi dapat membuat tafsiaran dan pentarikhan tentang budaya masyarakat melalui bahan tinggalan sejarah tersebut.
SUMBER SEJARAH
SUMBER PERTAMA@PRIMER
Sumber pertama atau sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaan asal seperti dalam bentuk kertas, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan, batu bersurat dan keterangan lisan. Sumber-sumber tersebut bersifat asli dan belum ditafsir. Sumber-sumber tersebut biasanya dihasilkan pada masa yang hampir sama dengan maklumat yang dicatatkan dan oleh pihak yang berwibawa.
Contoh :
- Batu Bersurat Terengganu
- Batu nisan yang terpahat nama Sultan Mansur Shah di atasnya.
- Piagam Madinah
Sumber kedua atau sumber sekunder terdiri daripada bahan atau dokumen yang dikaji melalui pembacaan bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain. Sumber ini merangkumi majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar, risalah, laporan tahunan jabatan dan blog. Sumber kedua melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal. Sumber kedua merupakan bahan yang telah diolah, dicetak dan disebarkan kepada umum.
CONTOH
- Ensiklopedia Britannica
- Manuskrip yang sudah dicetak
- Ulasan majalah mengenai sesuatu perkara
No comments:
Post a Comment